[27 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siswa-siswi yang dihormati

Pusat Sukan UNIMAS akan menganjurkan beberapa kejohanan sukan yang melibatkan penyertaan pelajar UNIMAS.


Kejohanan Sukan yang bakal diadakan adalah seperti berikut:

1. Kejohanan Regatta IPT Borneo 2015 - (16 - 17 Oktober 2015)
2. Festival Sukan Air Antara Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2015 - (16 - 17 Oktober 2015)
3. Kejohanan Olahraga Antara Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2015 - (24 - 25 Oktober 2015)
4. Festival Sukan UNIMAS 2015 (Antara Kolej – Kolej Kediaman) - (7 - 8 November 2015)

Semoga penganjuran ini mendapat kerjasama dan penyertaan yang memberansangkan daripada semua Kolej - Kolej Kediaman UNIMAS dalam usaha untuk membudayakan sukan di kalangan warga UNIMAS.

Sokongan dan kerjasama daripada semua warga Kolej - Kolej Kediaman UNIMAS amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.
[25 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa Proaktif

Berikut merupakan butiran kadar yuran yang perlu dijelaskan bagi semester 1, sesi 2015/2016 untuk mahasiswa semasa.

(MAKLUMAN)
Yuran pengajian sudah boleh dijelaskan tanpa BERDENDA bermula pada 25 Ogos 2015 sehingga 6 September 2015

(MAKLUMAN)
Pendaftaran pengajian bermula 31 Ogos 2015 - 6 Sept 2015

(MAKLUMAN)
Pendaftaran Kursus tanpa BERDENDA bermula 1 Sept 2015 - 2 Oktober 2015

Berkaitan dengan pengajian serta makluman akademik bagi sesi 2015/2016 bagi mahasiswa semasa mohon untuk RUJUK link :http://www.unimas.my/…/makluman-pendaftaran-semester-1-2015…


Rujuk Link KADAR YURAN :
Student Information System - https://estudent2.unimas.my/ePaymentAuth/


Sekian, Terima kasih.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[23 Ogos 2015]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada Mahasiswa/wi, kelab/persatuan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berminat untuk memohon MYKiosk Sesi 1 2015/2016 boleh mengambil borang di Pusat Pusat Pembangunan Keusahawanan Unimas.

Syarat syarat permohonan

- Telah menghadiri Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) atau Kursus Keusahawanan Siswa (KKS)
- PNGK 2.7 ke atas
- Aktif di dalam program keusahawanan UNIMAS
- Kelab / Persatuan telah didaftarkan secara rasmi dalam UNIMAS.

Tarikh Tutup 6 September 2015.

Sekian, Terima kasih.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[20 Ogos 2015]

Assalamualaikum wbt & Salam Pemimpin Inklusif Mahasiswa Proaktif

Tahniah diucapkan kepada saudara Mohammad Fiza Bin Mohd Fuad, Exco Pengangkutan Dan Kemudahan MPP UNIMAS 2014/2015 diatas Perbarisan Tamat Latihan dan Pelantikan sebagai Pegawai KOR SUKSIS IPTA pada 16 Ogos yang lepas.

Tahniah juga diucapkan kepada barisan KOR SUKSIS UNIMAS yang lain diatas pelantikan yang telah berlangsung. Diharapkan mahasiswa/wi yang lain dapat menjadikan KOR SUKSIS sebagai salah satu "role model" dalam penerapan dari segi disiplin diri ke arah membentuk jati diri mahasiswa yang berjaya dan cemerlang.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"








[18 Ogos 2015]


[16 Ogos 2015]

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pertamanya, kami Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS sesi 2014/2015 ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh Pegawai Kadet Palapes seluruh IPTA khususnya Pegawai Kadet Palapes UNIMAS atas pentauliahan Istiadat Diraja Pentauliahan DiRaja ke- 34 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tahniah atas kejayaan ini.




[15 Ogos 2015]

Invitation to Participate: Bahtera Conference | 19-20 August 2015 | KL Convention Centre, Kuala Lumpur

The Youth Trust Foundation invites participation to their myHarapan's venture capital unit, Social Enterprise Ventures, which will be presenting at BAHTERA - a FREE 2-day conference for 'bumipreneurs'. (Please seehttp://www.bahtera.my/en/ for details). The BAHTERA initiative is about addressing the information gap and bringing bumipreneurs to transform their ventures using business intelligence, marketing, or service delivery harnessing the use of technology and new business models.

They will be talking about "Innovation with Conscience" - challenging conventional notions of innovation and establishing its key role in promoting inclusion, access for the underprivileged and sustainability. The session will take a hands-on approach, featuring a panel discussion and case studies, that'll hopefully inspire more to jump on Malaysia's budding social entrepreneurship bandwagon. A mini-competition will be played out during the Youth Trust Foundation's session, the winner of which will be assisted in designing and developing a prototype product and thereafter marketing it through a crowdfunding campaign.

Here is the event link:https://www.facebook.com/events/1479464252369122/

To register, please go to this link --> http://www.bahtera.my/

If you have any questions about the event, please email: Mr Yusuf Jaffar (Head, Social Enterprise Ventures, myHarapan) at yj@sev.my.

Thank you.