YDP MPP

Assalamualaikum Warahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT, kerana pada hari yang berbahagia ini kita dapat bersama-sama dalam Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak Sesi 2014/2015. Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dikesempatan ini juga, kita masih dikurniakan nikmat untuk hidup sebagai Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya, keimanan ini telah meletakkan kita dalam kalangan sebaik-baik ummah.

Berdirinya saya pada hari ini, semata-mata untuk menzahirkan kesyukuran dan rasa terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh sahabat-sahabat saya untuk memimpin barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi kali ini.

Y.Bhg.Prof dan sidang hadirin sekalian,
Pada tahun ini, UNIMAS  terus melangkah ke dekad yang baru dengan satu harapan dan impian untuk mencipta kejayaan yang berganda serta  kecemerlangan yang menyeluruh dalam memastikan tekad UNIMAS untuk menjadi sebuah institusi yang harmoni. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak pentadbiran yang telah dipimpin oleh Yang Berbahagia Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi selaku Naib Canselor kerana telah berjaya  meletakkan UNIMAS setaraf dengan institusi pendidikan yang lain. Hal ini terbukti, dengan pelbagai kejayaan yang telah dirangkul di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Semua kejayaan ini tidak akan berhasil  tanpa kerjasama seluruh warga kampus Universiti Malaysia Sarawak.

Y.Bhg. Dato’ dan sidang hadirin yang dimuliakan,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ialah badan perwakilan pelajar utama di kampus yang merupakan medan dan lapangan untuk mengasah bakat kepimpinan dan meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa/i. Selain menjadi medium antara pihak universiti dan mahasiswa , MPP juga memainkan peranan utama dalam meningkatkan intelektual mahasiswa/I untuk menjadi lebih kehadapan dalam apa juang bidang baik . Sebagai sebuah badan utama yang mewakili suara mahasiswa/i UNIMAS, MPP berikrar akan memberikan khidmat yang terbaik kepada warga UNIMAS amnya, dan pihak pentadbiran, tenaga pengajar dan mahasiswa/i  khususnya. Justeru, kami barisan kepimpinan MPP sesi 2014/2015 bersedia untuk menggalas amanah yang diberikan dan memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu pihak universiti untuk menjayakan program-program yang direncanakan bagi membentuk graduan holistik serta berdaya gaji tinggi.

Alhamdulillah, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar pada kali ini masih dapat dijalankan dengan suasana yang harmoni, Tidak ada gejala yang tidak sihat berlaku samada didalam kampus mahupun diluar kampus. Jika kita lihat, peratusan pengundian juga meningkat sehingga 57 peratus. Ini menunjukkan adanya peningkatan kecaknaan mahasiswa/wi tentang betapa pentingnya mereka untuk turun mengundi dalam memilih wakil pelajar yang akan memimpin suara dan idea mereka untuk sama-sama menggemilangkan UNIMAS.


Kami berharap, semua pihak di unimas, dapat memberi kerjasama yang padu terhadap barisan mpp kali ini bagi melancarkan segala aktiviti mahupun urusan universiti yang telah dirancang pada kali ini.

No comments: