[3 Januari 2015]

Assalamualaikum wbt & Salam Mahasiswa Inklusif 

Ingin menjadi salah seorang daripada 50000 sukarelawan mahasiswa IPTA seluruh Malaysia yang akan berbakti di negeri Kelantan? 


Pembahagian kawasan bantuan 
1. Tumpat /Pasir Mas 
2. Gua Musang 
3. Kuala Kerai/Tanah Merah 

Kategori/Bidang tugas/bantuan  
1. Pembersihan Kawasan 
2. Pembaikkan rumah 
3. Penyediaan Keperluan air dan tandas sementara. 

PERINGATAN 
1. Semua yg hendak menjadi sukarelawan mestilah mendapat suntikan IMUNISASI 
2. Segala keperluan asas kerja sukarela mestilah dibawa sendiri oleh IPTA masing2 
3. Bekalan air bersih tidak ada. 
4. Tandas awam yg ada di kws bencana 90% tidak boleh digunakan 
5. Sekolah2 tidak boleh digunakan kerana kontrakror telah dilantik utk membersih bagi persediaan persekolahan thn 2015. 

UiTM kampus Machang akan digunakan untuk penempatan dan logistik semua sukarelawan ipta bagi kawasan kuala kerai dan tanah merah. UITM Machang perlu kenalpasti tapak sesuai untuk pendirian khemah.  Mohon sediakan sambungan bekalan air dan sambungan elektrik ke tapak khemah. Makanan akan diuruskan oleh ipta masing2 dgn cara masak sendiri. 

Sekian, terima kasih. 

“Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif” 
Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2014/2015

No comments: