[30 Disember 2014
]
Pengumuman berkaitan Peperiksaan Akhir Semester 1 2014/2015 untuk pelajar UNIMAS yang terlibat dalam bencana alam di Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan meneruskan peperiksaan akhir semester seperti yang telah dijadualkan. Untuk pelajar yang terlibat secara langsung dalam musibah banjir dan bencana alam, dan kini terkandas di kampung halaman masing-masing, mereka akan diberikan kemudahan peperiksaan gantian.

Pelajar yang terlibat dipohon untuk menghubungi fakulti masing-masing, untuk urusan peperiksaan gantian, sebaik sahaja selamat dan selesai dengan urusan di kampung halaman. peperiksaan gantian akan dikendalikan mengikut keperluan sahaja (case-by-case), dan hanya kes sahih sahaja akan dilayan.

Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPs) akan memantau urusan peperiksaan gantian tersebut, untuk memastikan pelajar UNIMAS yang terbabit dapat menduduki peperiksaan dalam tempoh yang akan ditentukan.

Pihak universiti mendoakan agar keselamatan semua pelajar UNIMAS khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya dan sentiasa dilindungi dan dipelihara dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

daripada Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat (Canselori)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

No comments: