[7 Januari 2015]
Assalamualaikum wbt & Salam Mahasiswa Inklusif
Dukacita dimaklumkan bahawa Saudari Siti Rohani Binti Sidik, pelajar Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.40 pagi (07/01/2015) sebentar tadi di Hospital Umum Sarawak, Kuching.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Sebagai satu cara untuk membantu pelajar kita yang masih lagi kritikal di Hospital Umum Sarawak, pihak Persatuan Pelajar FSKPM akan mengadakan tabung kutipan sepanjang waktu peperiksaan di tempat peperiksaan dijalankan.
Para pensyarah yang mengawasi peperiksaan akan membuat pengumuman mengenai kewujudan tabung berkenaan di awal peperiksaan dan waktu yang sesuai supaya pelajar boleh menderma setelah selesai peperiksaan mereka.
Wakil Persatuan akan datang untuk mengambil tabung setelah selesai. Mohon kerjasama semua.
Sekian. Terima Kasih
bp Timbalan Dekan (Prasiswazah & Pemajuan Pelajar)
"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"
Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS Sesi 2014/2015
No comments:
Post a Comment