[18 Februari 2015]

Alhamdulillah, selesai sesi perbincangan dua hala bersama YBhg Prof Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Bahagian Pengajian Prasiswazah, Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM) & Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Teknologi (CICTS). Beberapa isu semasa akademik telah dibincangkan seperti kenaikkan tarif semakan semula kertas peperiksaan, kuota subjek elektif & sebagainya. Majlis Perwakilan Pelajar akan sentiasa berbincang dengan peringkat pentadbiran khususnya melibatkan hal ehwal akademik bagi menjaga kebajikan pelajar. Segala perkembangan terkini berkaitan hal ehwal akademik akan sentiasa kami maklumkan dari semasa ke semasa.

"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"



No comments: