[10 Mac 2015]

2 HARI LAGI!

Assalamualaikum wbt & Salam Pemimpin Inklusif

Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015 akan mengadakan satu Perhimpunan Mahasiswa pada tarikh berikut


Tarikh : 12 Mac 2015
Hari : Khamis
Masa : 8.30 malam
Tempat : Arena Gemilang, DeTAR Putra UNIMAS

Perhimpunan Mahasiswa ini diadakan adalah untuk memberikan platform kepada mahasiswa UNIMAS untuk menyuarakan pandangan serta memberikan cadangan penambaikan ke arah UNIMAS yang lebih baik pada masa hadapan. Pada masa yang sama, Majlis Perwakilan Pelajar sesi kali ini ingin mendekati mahasiswa dalam bersama-sama membangunkan UNIMAS ke arah kampus yang lebih baik. Segala permasalahan kolej, fakulti serta seangkatan dengannya boleh disampaikan dalam Perhimpunan ini.

Kami menjemput mahasiswa semua untuk turun dalam menyokong program MPP kali ini kerana ia adalah sebahagian daripada pendekatan kami sebagai Badan Harapan Mahasiswa.

+Merit Disediakan

"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"
Facebook: https://www.facebook.com/MPP.UNIMAS



No comments: