[18 Mac 2015]
Visibiliti UNIMAS sebagai sebuah universiti tempatan terkemuka di tanah air terbukti telah berjaya menarik pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi apabila tiga buah sekolah menengah sekaligus melawat UNIMAS dalam masa satu hari kelmarin.
Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Batu Tellingai, Subis Miri, Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah,Daro, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Batu 7, Klang, Selangor.
Tujuan lawatan antara lain adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan kursus yang ditawarkan di UNIMAS selain melihat sendiri dengan dekat kemudahan dan kawasan universiti ini.
Selain itu, ia juga sebagai usaha pihak sekolah untuk memastikan pelajar mereka menempatkan diri di universiti yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan pendidikan.
SK Batu Telingai, Subis Miri telah disertai oleh 58 orang murid dan 19 orang guru, SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah seramai 90 orang pelajar dan 30 orang guru manakala SMK Meru, Batu 7, Klang pula disertai oleh 19 orang guru.
No comments:
Post a Comment