[21 Mac 2015]
Kempen Kesedaran Hak Pengguna Kafe UNIMAS adalah satu inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS sesi 2014/2015 untuk bersama-sama prihatin terhadap penetapan harga serta tahap kebersihan kawasan kafe yang disediakan oleh Pihak Kafe UNIMAS.
Kempen ini bertujuan memupuk mahasiswa untuk bertanya harga makanan yang dibeli dari kafeteria. Pengusaha kafeteria perlu mengetahui bahawa mahasiswa UNIMAS cakna berkaitan perubahan harga makanan, kualiti makanan yang disediakan serta tahap kebersihan kafeteria. Ini ialah satu titik perubahan agar tidak berlaku lagi penetapan harga makanan yang tidak munasabah, kualiti yang tidak memuaskan serta tahap kebersihan yang rendah.
Road to Penubuhan Badan Pemantau Harga Makanan di setiap Kafe UNIMAS.
No comments:
Post a Comment