[27 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siswa-siswi yang dihormati

Pusat Sukan UNIMAS akan menganjurkan beberapa kejohanan sukan yang melibatkan penyertaan pelajar UNIMAS.


Kejohanan Sukan yang bakal diadakan adalah seperti berikut:

1. Kejohanan Regatta IPT Borneo 2015 - (16 - 17 Oktober 2015)
2. Festival Sukan Air Antara Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2015 - (16 - 17 Oktober 2015)
3. Kejohanan Olahraga Antara Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2015 - (24 - 25 Oktober 2015)
4. Festival Sukan UNIMAS 2015 (Antara Kolej – Kolej Kediaman) - (7 - 8 November 2015)

Semoga penganjuran ini mendapat kerjasama dan penyertaan yang memberansangkan daripada semua Kolej - Kolej Kediaman UNIMAS dalam usaha untuk membudayakan sukan di kalangan warga UNIMAS.

Sokongan dan kerjasama daripada semua warga Kolej - Kolej Kediaman UNIMAS amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.
[25 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa Proaktif

Berikut merupakan butiran kadar yuran yang perlu dijelaskan bagi semester 1, sesi 2015/2016 untuk mahasiswa semasa.

(MAKLUMAN)
Yuran pengajian sudah boleh dijelaskan tanpa BERDENDA bermula pada 25 Ogos 2015 sehingga 6 September 2015

(MAKLUMAN)
Pendaftaran pengajian bermula 31 Ogos 2015 - 6 Sept 2015

(MAKLUMAN)
Pendaftaran Kursus tanpa BERDENDA bermula 1 Sept 2015 - 2 Oktober 2015

Berkaitan dengan pengajian serta makluman akademik bagi sesi 2015/2016 bagi mahasiswa semasa mohon untuk RUJUK link :http://www.unimas.my/…/makluman-pendaftaran-semester-1-2015…


Rujuk Link KADAR YURAN :
Student Information System - https://estudent2.unimas.my/ePaymentAuth/


Sekian, Terima kasih.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[23 Ogos 2015]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada Mahasiswa/wi, kelab/persatuan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berminat untuk memohon MYKiosk Sesi 1 2015/2016 boleh mengambil borang di Pusat Pusat Pembangunan Keusahawanan Unimas.

Syarat syarat permohonan

- Telah menghadiri Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) atau Kursus Keusahawanan Siswa (KKS)
- PNGK 2.7 ke atas
- Aktif di dalam program keusahawanan UNIMAS
- Kelab / Persatuan telah didaftarkan secara rasmi dalam UNIMAS.

Tarikh Tutup 6 September 2015.

Sekian, Terima kasih.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[20 Ogos 2015]

Assalamualaikum wbt & Salam Pemimpin Inklusif Mahasiswa Proaktif

Tahniah diucapkan kepada saudara Mohammad Fiza Bin Mohd Fuad, Exco Pengangkutan Dan Kemudahan MPP UNIMAS 2014/2015 diatas Perbarisan Tamat Latihan dan Pelantikan sebagai Pegawai KOR SUKSIS IPTA pada 16 Ogos yang lepas.

Tahniah juga diucapkan kepada barisan KOR SUKSIS UNIMAS yang lain diatas pelantikan yang telah berlangsung. Diharapkan mahasiswa/wi yang lain dapat menjadikan KOR SUKSIS sebagai salah satu "role model" dalam penerapan dari segi disiplin diri ke arah membentuk jati diri mahasiswa yang berjaya dan cemerlang.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"








[18 Ogos 2015]


[16 Ogos 2015]

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pertamanya, kami Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS sesi 2014/2015 ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh Pegawai Kadet Palapes seluruh IPTA khususnya Pegawai Kadet Palapes UNIMAS atas pentauliahan Istiadat Diraja Pentauliahan DiRaja ke- 34 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tahniah atas kejayaan ini.




[15 Ogos 2015]

Invitation to Participate: Bahtera Conference | 19-20 August 2015 | KL Convention Centre, Kuala Lumpur

The Youth Trust Foundation invites participation to their myHarapan's venture capital unit, Social Enterprise Ventures, which will be presenting at BAHTERA - a FREE 2-day conference for 'bumipreneurs'. (Please seehttp://www.bahtera.my/en/ for details). The BAHTERA initiative is about addressing the information gap and bringing bumipreneurs to transform their ventures using business intelligence, marketing, or service delivery harnessing the use of technology and new business models.

They will be talking about "Innovation with Conscience" - challenging conventional notions of innovation and establishing its key role in promoting inclusion, access for the underprivileged and sustainability. The session will take a hands-on approach, featuring a panel discussion and case studies, that'll hopefully inspire more to jump on Malaysia's budding social entrepreneurship bandwagon. A mini-competition will be played out during the Youth Trust Foundation's session, the winner of which will be assisted in designing and developing a prototype product and thereafter marketing it through a crowdfunding campaign.

Here is the event link:https://www.facebook.com/events/1479464252369122/

To register, please go to this link --> http://www.bahtera.my/

If you have any questions about the event, please email: Mr Yusuf Jaffar (Head, Social Enterprise Ventures, myHarapan) at yj@sev.my.

Thank you.


[13 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan jutaan tahniah kepada bakal mahasiswa baru kemasukan sesi 2015/2016 khasnya buat mahasiswa UNIMAS.

Ini merupakan satu permulaan “fight for your own life” untuk menjadikan impian dan cita-cita anda tercapai. Ianya dibaratkan seperti digaris permulaan seorang pelari pecut yang ingin ke garisan penamat. Namun begitu tumpuan harus diberikan kepada diri sendiri terdahulu untuk menyusaikan diri ditempat yang baru.

Khususnya buat mahasiswa yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sarawak, “suit yourself” dan mulakan hari2 anda dengan senyuman.

Semoga berjaya di alam Kampus, saya yakin dan percaya saudara-saudari mampu memberikan yang terbaik serta menjadi mahasiswa yang bersifat proaktif dan holistik dari aspek akademik mahupun sahsiah diri serta aspek kokurikulum. Kami, Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2014/2105 dengan rasa rendah diri mengalu-alukan kedatangan kalian semua.

Beberapa tips dari kami iaitu:
1. Jaga hubungan dengan tuhan, manusia dan alam sekitar
2. Betulkan niat yang utama berada di kampus.
3. Hormati para pengajar (pensyarah)
4. Hayati ilmu kalian untuk berbakti kepada keluarga, bangsa, agama dan tanah air.

‪#‎TipsMasukU‬
‪#‎WelcomeToUNIMAS‬
‪#‎MPPUNIMAS‬

Jangan lupa join Group "UNIMAS 2015/2016 Intake" yang dicetuskan oleh MPP UNIMAS untuk memudahkan kalian semua berinteraksi bersama Barisan MPP, Majlis Pelaksana Minggu Aluan Pelajar, Liaison Officer serta abang-abang dan kakak -kakak yang sedia membantu anda. Link:https://www.facebook.com/groups/UNIMAS.2015.2016/

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[11 Ogos 2015]

Assalamualaikum wbt & Salam Kampus Harmoni

Attention to ALL new students of UNIMAS 2015/2016 Intake, 
Congratulations and Welcome to UNIMAS!

Please join the group created specially by UNIMAS Students' Representative Council which is 'UNIMAS 2015/2016 Intake' via this link:

Thank you.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[11 Ogos 2015]


[10 Ogos 2015]

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan maklumat terkini bagi semester 1 sesi 2015/2016 bagi mahasiswa semasa.

Mohon untuk disebarkan bagi makluman mahasiswa semasa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[6 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siswa-siswi yang dihormati

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran permohonan untuk PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2015 telah dibuka. Pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang berikut dijemput untuk menghantar permohonan kepada pihak penganjur:

(untuk pengajian di semua IPTA dan Universiti Teknologi Petronas sahaja)

Accounting /Commerce /Finance;
Law;
Chemical Engineering;
Electrical and Electronic Engineering;
Mechanical Engineering;
Petroleum Geoscience.

Maklumat lanjut boleh didapati di:https://educationsponsorship.petronas.com.my/…/Applic…/Login

Permohonan perlu sampai kepada penganjur di alamat email: edu_sponsorship@petronas.com.my sebelum jam 5 petang pada 14 Ogos 2015.

Sekian, harap maklum.
[30 Julai 2015]

Tahniah diucapkan!

Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS Sesi 2014/2015
"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"





[30 Julai 2015]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siswa-siswi yang dihormati

Sukacita bersama ini disampaikan makluman mengenai Maybank Foundation & Perdana Leadership Foundation: Writing and Photo Contest 2015 .

Pertandingan ini terbuka untuk pelajar-pelajar yang berusia 13 hingga 21 tahun. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi dari laman sesawang http://www.maybankperdanacontest.com.

Berikut dilampirkan makluman dan poster mengenai pertandingan tersebut.

Sekian, terima kasih.
[28 Julai 2015]

[20 Julai 2015]

HEBAHAN MAJLIS IKRAR PELAJAR (MIP) 
SEPTEMBER 2015

‪#‎HEBAHAN1‬
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada mahasiswa/i UNIMAS yang masih belum mengikuti Majlis Ikrar Pelajar (MIP), anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui Borang Pengesahan Kehadiran MIP bagi melayakkan anda untuk mengikuti majlis tersebut pada Minggu Aluan Pelajar September 2015 yang akan datang. Butiran majlis adalah seperti berikut :

‪#‎Raptai‬
  • Tarikh : 5 September 2015 
  • Masa: 6.30 pagi (Pendaftaran) &7.30 (Raptai)
  • Tempat: Akan dimaklumkan

‪#‎MajlisIkrarPelajar‬
  • Tarikh: 6 September 2015
  • Masa : 8.00 pagi (Pendaftaran) & 9.00 pagi (MIP)
  • Tempat : Akan dimaklumkan

# Link Borang Pengesahan Kehadiran MIP :
https://docs.google.com/…/1VVwZEcxeI-yPp2XLxviQ4GB…/viewform

MAKLUMAN PENTING :

1. Tarikh Pendaftaran bermula 22 JUN - 21 JULAI 2015 sebelum pukul 12 tengah malam. Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

2. Kehadiran sesi raptai adalah WAJIB kepada semua pelajar yang telah mendaftar secara atas talian.

3. Etika pemakaian adalah FORMAL bagi sesi RAPTAI dan Majlis Ikrar Pelajar seperti yang dilampirkan semasa pendaftaran di atas talian.

4. Pelajar DIWAJIBKAN untuk memakai KAD PELAJAR sepanjang sesi RAPTAI & MIP.

5. Perkhidmatan bas TIDAK DISEDIAKAN untuk sesi raptai dan MIP bagi bas dalam atau luar UNIMAS.

6. Jika pelajar tidak mematuhi syarat berikut, maka mereka akan dihalang oleh pihak UNIMAS, MPP, Majlis Pelaksana Minggu Aluan Pelajar dan Liaison Officer bertugas (LO) daripada menghadiri Majlis Ikrar Pelajar September 2015

p/s : MOHON PEKA TERHADAP SEBARANG PERUBAHAN MENGENAI MAJLIS IKRAR PELAJAR TERSEBUT

# Sebarang pertanyaan boleh berhubung :

1. Cik Anis Suzziani Rosslan (0194430505)
2. Encik Wafiuddin Md Ghulab (012-7071382)


Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan. Sekian, harap maklum.

------------------------------------------------------------------

ANNOUNCEMENT FOR OATH TAKING CEREMONY SEPTEMBER 2015

‪#‎ANNOUNCEMENT1‬

Assalamualaikum dan hello everyone,
Attention to all students of UNIMAS who have not attended the Oath Taking Ceremony (Majlis Ikrar Pelajar), you may register online to attend the session during Students Welcoming Week (Minggu Aluan Pelajar) for this coming September Intake. Details are as follows:

‪#‎Rehearsal‬
  • Date: 5 September 2015
  • Time: 6.30 am (Registration)& 7.30 (Rehearsal)
  • Venue: To be announced

‪#‎OathTakingCeremony‬
  • Date: 6 September 2015
  • Time: 8.00 am (Registration) & 9.00 am (Oath Taking Ceremony)
  • Venue : To be annouced

Link of Attendance Confirmation Form for Oath Taking Ceremony :
https://docs.google.com/…/1VVwZEcxeI-yPp2XLxviQ4GB…/viewform


IMPORTANT NOTES:

1. Online registration will START on 22nd JUNE 2015 and the registration will END on 21st JULY 2015 at 12 midnight. Registration after the deadline WILL NOT be entertained.

2. Attendance for the rehearsal session is COMPULSORY for those who have registered online.

3. FORMAL attire ethics is needed for the Rehearsal session and Oath Taking Ceremony.

4. Students are required to bring STUDENT CARD for the Rehearsal session and Oath Taking Ceremony.

5. Bus services will NOT BE PROVIDED for both days. Neither shuttle bus for outside nor inside.

6. If students DO NOT OBEY the following condition, then they may be barred by UNIMAS, MPP, Majlis Pelaksana Minggu Aluan Pelajar and Liaison Officer (LO) from attending Oath Taking Ceremony September 2015

PLEASE BE ALERT WITH ANY CHANGES REGARDING THE OATH TAKING CEREMONY.

# For inquiries please contact :
1. Miss Anis Suzziani Rosslan (019-4430505)
2. Mr Wafiuddin Md Ghulab (012-7071382)
[15 Julai 2015]



Awal syawal rai kemenangan,
Umat islam saling berkunjungan,
Tahmid dan takbir erti ketenangan,
Bagi insan penuh kekurangan,
Selamat menyambut hari lebaran!


Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS Sesi 2014/2015
"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"

[9 Julai 2015]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut merupakan jadual bas yang telah diperbaharui dan akan digunakan sepanjang cuti semester yang bermula dari 4 Julai hingga 6 September 2015. 

Perkhidmatan bas hanya disediakan untuk On Campus, Desa Ilmu dan Kolej Rafflesia sahaja. Maklumat tambahan, Bas City Public Link (Bas hijau) akan beroperasi seperti biasa pada waktu cuti dengan tempoh waktu perjalanan dua jam sekali. Selamat bercuti dan manfaatkan masa anda sebaiknya. 

Semoga dipermudahkan.

Sekian.

Mohammad Fiza Bin Mohd Fuad
Exco Pengangkutan dan Kemudahan
MPP UNIMAS Sesi 2014/2015

"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"




[8 Julai 2015]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut merupakan perubahan jadual bas yang akan digunakan sepanjang cuti semester yang bermula dari 4 Julai hingga 6 September 2015. Perubahan ini dilakukan dengan mengambil kira faktor pelajar yang mempunyai kelas antarsesi seawal jam 8 pagi. Pihak unit pengangkutan dan MPP telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan bas seawal 7.30 pagi. Semoga dipermudahkan.

Sekian.

Mohammad Fiza Bin Mohd Fuad
Exco Pengangkutan dan Kemudahan
MPP UNIMAS Sesi 2014/2015

"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"