[13 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan jutaan tahniah kepada bakal mahasiswa baru kemasukan sesi 2015/2016 khasnya buat mahasiswa UNIMAS.

Ini merupakan satu permulaan “fight for your own life” untuk menjadikan impian dan cita-cita anda tercapai. Ianya dibaratkan seperti digaris permulaan seorang pelari pecut yang ingin ke garisan penamat. Namun begitu tumpuan harus diberikan kepada diri sendiri terdahulu untuk menyusaikan diri ditempat yang baru.

Khususnya buat mahasiswa yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sarawak, “suit yourself” dan mulakan hari2 anda dengan senyuman.

Semoga berjaya di alam Kampus, saya yakin dan percaya saudara-saudari mampu memberikan yang terbaik serta menjadi mahasiswa yang bersifat proaktif dan holistik dari aspek akademik mahupun sahsiah diri serta aspek kokurikulum. Kami, Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2014/2105 dengan rasa rendah diri mengalu-alukan kedatangan kalian semua.

Beberapa tips dari kami iaitu:
1. Jaga hubungan dengan tuhan, manusia dan alam sekitar
2. Betulkan niat yang utama berada di kampus.
3. Hormati para pengajar (pensyarah)
4. Hayati ilmu kalian untuk berbakti kepada keluarga, bangsa, agama dan tanah air.

‪#‎TipsMasukU‬
‪#‎WelcomeToUNIMAS‬
‪#‎MPPUNIMAS‬

Jangan lupa join Group "UNIMAS 2015/2016 Intake" yang dicetuskan oleh MPP UNIMAS untuk memudahkan kalian semua berinteraksi bersama Barisan MPP, Majlis Pelaksana Minggu Aluan Pelajar, Liaison Officer serta abang-abang dan kakak -kakak yang sedia membantu anda. Link:https://www.facebook.com/groups/UNIMAS.2015.2016/

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[11 Ogos 2015]

Assalamualaikum wbt & Salam Kampus Harmoni

Attention to ALL new students of UNIMAS 2015/2016 Intake, 
Congratulations and Welcome to UNIMAS!

Please join the group created specially by UNIMAS Students' Representative Council which is 'UNIMAS 2015/2016 Intake' via this link:

Thank you.

UNIMAS Students' Representative Council, 2014/2015 Session
"Inclusive Leaders: Proactive Students' Legacy"

[11 Ogos 2015]


[10 Ogos 2015]

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan maklumat terkini bagi semester 1 sesi 2015/2016 bagi mahasiswa semasa.

Mohon untuk disebarkan bagi makluman mahasiswa semasa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

[6 Ogos 2015]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siswa-siswi yang dihormati

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran permohonan untuk PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2015 telah dibuka. Pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang berikut dijemput untuk menghantar permohonan kepada pihak penganjur:

(untuk pengajian di semua IPTA dan Universiti Teknologi Petronas sahaja)

Accounting /Commerce /Finance;
Law;
Chemical Engineering;
Electrical and Electronic Engineering;
Mechanical Engineering;
Petroleum Geoscience.

Maklumat lanjut boleh didapati di:https://educationsponsorship.petronas.com.my/…/Applic…/Login

Permohonan perlu sampai kepada penganjur di alamat email: edu_sponsorship@petronas.com.my sebelum jam 5 petang pada 14 Ogos 2015.

Sekian, harap maklum.
[30 Julai 2015]

Tahniah diucapkan!

Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS Sesi 2014/2015
"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"





[30 Julai 2015]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siswa-siswi yang dihormati

Sukacita bersama ini disampaikan makluman mengenai Maybank Foundation & Perdana Leadership Foundation: Writing and Photo Contest 2015 .

Pertandingan ini terbuka untuk pelajar-pelajar yang berusia 13 hingga 21 tahun. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi dari laman sesawang http://www.maybankperdanacontest.com.

Berikut dilampirkan makluman dan poster mengenai pertandingan tersebut.

Sekian, terima kasih.
[28 Julai 2015]