[12 Januari 2015]
HEBAHAN KE-3: SUKARELAWAN UNIMAS KE PANTAI TIMUR
Beberapa maklumat terkini mohon diberi perhatian oleh semua sukarelawan yang terpilih.
• Sukarelawan UNIMAS ke Pantai Timur dibahagikan kepada dua kumpulan.
• Kumpulan A akan ke Kelantan terdiri daripada mahasiswa yang berasal daripada Kelantan dan Terengganu.
• Kumpulan B akan ke Pahang terdiri daripada mahasiswa yang berasal selain daripada Kelantan dan Terengganu.
• Kumpulan A dan B akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
• 19 Januari – Sukarelawan Kumpulan B yang bukan berasal daripada Pahang berkumpul di UTM Semarak, Kuala Lumpur. Bagi Kumpulan B yang berasal daripada Pahang berkumpul di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada keesokan harinya, 20 Januari.
• 20 Januari – Sukarelawan Kumpulan B bergerak daripada UTM Semarak ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sukarelawan Kumpulan A berkumpul di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Machang.
• 21 Januari – Aktiviti sukarelawanan bermula.
• 25 Januari – Aktiviti sukarelawanan berakhir.
• 26 Januari – Sukarelawan Kumpulan A akan bergerak pulang. Sukarelawan Kumpulan B bergerak pulang UTM Semarak.
• 27 Januari – Sukarelawan Kumpulan B bergerak pulang.
"Pemimpin Inklusif Legasi Mahasiswa Proaktif"
Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS Sesi 2014/2015
No comments:
Post a Comment